Aduhai! Dagangan Emas Juga Tidak Bermaya

1,146

Emas kekal mendatar dengan berlegar pada sekitar harga yang sama pada hari Selasa walaupun di tengah-tengah kesuraman dagangan US dolar.

Pada sesi pasaran Asia, spot emas didagangkan sedikit berubah pada $1,840 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,842 per auns.

Dolar greenback kekal didagangkan suram di tengah-tengah ketiadaan pemangkin utama dalam pasaran untuk merangsang pergerakan lebih agresif mata wang itu.

Meskipun begitu, dagangan emas kekal dengan pergerakan yang terhad berikutan peningkatan hasil bon AS 10 tahun setelah dibuka semula daripada cuti hujung minggu yang panjang di Amerika Syarikat.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell akan memberi keterangan mengenai Laporan Dasar Monetari Separuh Tahunan di hadapan Senat pada hari Rabu dan akan mengulangi keterangannya di hadapan suruhanjaya yang berbeza pada hari Khamis.

Beliau akan memberi penjalasan mengenai keputusan bank pusat untuk menaikkan kadar faedah pada minggu lepas dan kenyataan mengenai perkembangan ekonomi akan diteliti oleh pelabur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat