Aduhai! Inflasi Kanada Naik Lagi, Bagaimana Dengan Reaksi BOC?

249

Jabatan Statistik Kanada pada hari Rabu melaporkan bahawa Indeks harga pengguna (CPI) mencatat bacaan melepasi 5% buat pertama kali sejak September 1991 dengan meningkat 5.1% setahun pada bulan Januari dan meningkat daripada kenaikan 4.8% pada Disember 2021.

Indeks CPI tahun Januari adalah lebih tinggi daripada anggaran 5% y/y yang diramalkan oleh Scotiabank. Tanpa mengira harga petrol, CPI meningkat sebanyak 4.3% setahun pada bulan Januari iaitu kadar terpantas sejak pengenalan indeks pada tahun 1999. Penularan pandemik Covid-19 terus membebani rantaian bekalan dan mendorong peningkatan harga pengguna.

Umumnya, rakyat Kanada terus merasakan kesan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, terutamanya untuk perumahan, makanan dan petrol, kata StatsCan.

Inflasi sering dibandingkan dengan perubahan pada gaji purata. Pada bulan Januari, CPI meningkat 5.1% setahun manakala data gaji daripada Penyiasatan Tenaga Buruh (LFS) mendapati gaji meningkat 2.4% dalam tempoh yang sama, bermakna, secara purata, harga naik lebih cepat daripada gaji rakyat Kanada.

Matawang Kanada terus mengukuh berbanding US dolar dimana USD/CAD didagangkan susut 0.20% pada paras dagangan 1.2669.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat