Aduhai! USD Jatuh Pula Di Sesi Eropah

716

Sesi pasaran Eropah hari ini dimulakan dengan dagangan matawang pound dan euro memperlihatkan pengukuhan berbanding US dolar.

Matawang pound sterling diniagakan meningkat di atas paras harga 1.3000 berbanding USD meskipun telah disajikan dengan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Britain yang lemah pada suku kedua tahun ini.

Ekonomi UK mengalami penguncupan terbesar sebanyak 20.4% dalam tempoh April hingga Jun ketika sekatan coronavirus diperketatkan, membawanya kepada kemelesetan dan mengalami kemerosotan terburuk berbanding negara G7.

Walau bagaimanapun, secara bulanan, KDNK di UK pula memperlihatkan pertumbuhan yang memberangsangkan iaitu dengan pengembangan sebanyak 8.7% pada Jun, tetapi ini dilihat tidak cukup untuk mengubah prospek positif terhadap pertumbuhan ekonomi daripada pelabur.

Sementara itu, matawang euro juga didagangkan meningkat dengan terus mempertahankan kedudukannya di atas paras harga 1.1700 berbanding US dolar.

Namun begitu, penerbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat malam ini yang dijangkakan positif, lebih-lebih setelah diperlihatkan dengan bacaan indeks harga pengeluar (PPI) yang memberangsangkan mungkin boleh mendorong pengukuhan semula matawang USD.

Dalam pada itu, pelabur juga turut menumpukan perhatian mereka terhadap rundingan pakej rangsangan bantuan ekonomi yang dikatakan akan dimulakan semula oleh para pegawai tertinggi Demokrat dan Republikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat