Agensi Blackpink, BIG BANG Umum Kerjasama Dengan Binance Untuk Projek NFT & Metaverse!

353

Siapa yang mengikuti kumpulan K-POP: Blackpink, Big Bang, Winner, dan iKON sudah pasti mengenali tunjang kepada permasaran global mereka – YG Entertaiment.

Dalam laporan terbaru, syarikat hiburan ini tidak mempedulikan tanggapan peminat artisnya terhadap teknologi kripto apabila dikhabarkan mahu membangunkan non-fungible token (NFT), metaverse, dan projek gaming.

YG Entertainment akan berkolaborasi dengan Binance dalam menyediakan kandungan untuk dipasarkan kepada peminat mereka, termasuk pendukung NFT.

Sementara itu Binance pula akan menyediakan platform NFT, bersama sokongan teknologi berkaitan projek yang diusahakan.

Kedua-dua entiti ini dikhabarkan turut bergiat dalam projek permainan dan metaverse untuk dilancarkan di blockchain Binance Smart Chain.

Menurut Ketua Global Binance NFT, Helen Hai, projek ini akan diperkenalkan berdasarkan konsep ekosistem yang mesra alam.

Selain YG Entertainment, beberapa pesaing dekat seperti HYBE Entertainment, SM Entertainment, JYP Entertainment, dan Cube Entertainment telah pun mengumumkan minat yang sama.

Eh, Big Bang nak buat comeback kan?

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat