Ah Sudah! Amaran Arab Saudi Cetus Lonjakan Harga Minyak

307

Harga minyak kembali melonjak selepas Arab Saudi memberi amaran bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) boleh mengurangkan pengeluaran untuk menampung penurunan mendadak harga minyak.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $97 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula positif pada $91 setong.

Menteri Minyak Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman memberitahu Bloomberg mengenai kesediaan OPEC untuk mengurangkan pengeluaran bagi membetulkan kejatuhan harga minyak baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, harga minyak telah jatuh dengan ketara berikutan kecairan pasaran niaga hadapan yang lemah dan kebimbangan terhadap kemelsetan, menyebabkan pasaran mengabaikan bekalan minyak mentah fizikal yang sangat ketat.

Hal ini sekali gus mendorong harga untuk membalikkan semula kejatuhan pada Isnin apabila kedua-dua penanada aras mencecah paras terendah harian di mana minyak Brent susut pada $92 setong, sementara WTI AS pula $86 setong.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, pemimpin AS, UK, Perancis dan Jerman dilaporkan sedang berbincang mengenai usaha untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran 2015.

Sekiranya dapat dicapai, ia berpotensi untuk mengembalikan semula minyak Iran ke pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat