Ahli Parlimen Eropah Akan Mengundi Pengunduran UK Dari EU- Ini Ulasan Perlu Diketahui!

603

Para penggubal undang-undang Eropah bakal mengundi pengunduran UK daripada Kesatuan Eropah, dimana UK akan berundur daripada EU dalam tempoh 2 hari sahaja lagi.

Dokumen undang-undang yang dikenali sbeagai Perjanjian Pengunduran akan dibentangkan menggariskan tentang bagaimana UK akan meninggalkan Kesatuan Eropah. Dokumen yang mengandungi 541 halaman telah diluluskan sepenuhnya oleh parlimen UK pada awal bulan ini selepas Perdanan Menteri Boris Johnson memenangi pilihan raya umum pada bulan Disember.

Undian yang bakal dijalankan pada hari Rabu waktu eropah di Brussels adalah simbolik namum ia juga membawa beberapa perubahan praktikal dalam parlimen dewan negara. Pengunduran UK lagi 2 hari ini antaranya membawa maksud bahawa tidak akan ada penggubal undang-undang di Parlimen Eropah.

Bilangan MEP EU (ahli parlimen Eropah) akan berkurangan daripada 751 kerusi kepada 705 kerusi. 73 buah kerusi yang dimiliki oleh UK akan dihapuskan dan digantikan dengan 27 ahli parlimen lain yang datang daripada blok tersebut.

Pada hari Jumaat, jam 11 waktu London, UK akan berhenti daripada menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tempoh peralihan akan bermula dari detik tersebut sehinggalah pada akhir tahun ini yang seperti telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, UK akan tetap tertakluk kepada undang-undang EU dalam tempoh tersebut namun ia akan menjejaskan hubungan perdagangan dengan negara-negara lain. Dalam masa yang sama, peralihan ini membuka ruang bagi kedua-dua belah pihak untuk membincangkan pengaturan perdagangan dan keselamatan negara pada masa akan datang.

Matawang Euro terus mencatat penyusutan sejak awal pagi ini dengan penyusutan sebanyak 0.20% berbanding US dolar pada paras 1.0988 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat