Aik, Bukan Tengah Gaduh Ke? Tiba-Tiba Moderna AS Sedia Salur Vaksin Ke China

163

‘Adakah ini cubaan pendamaian oleh 2 kuasa besar dunia?’

Umpama mengambil kesempatan di sebalik kesempitan apabila syarikat famaseutikal dari Amerika Syarikat (AS), Moderna Inc mengatakan ketersediaannya untuk menyalur bekalan vaksin ke China.

Perkara tersebut diucapkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Moderna, Stephane Bancel semasa temu bual berkenaan pembinaan bangunan fasiliti pembuatan produk mRNA keluarannya di Jepun.

Ulas Bancel, Moderna sentiasa terbuka dan bersedia beroperasi pada kapasiti penuh termasuk membekalkan produk berasaskan mRNA-nya ke China.

Beliau menambah lagi bahawa pihak Moderna dan China pernah mengadakan perbincangan mengenai pembekalan produknya suatu masa dahulu namun enggan memberi keterangan lanjut.

Umumnya, China masih lagi di bawah penguasaan Covid-19 sehingga memaksa sekatan (lockdown) ketat di seluruh negaranya.

Selain itu, China juga mempunyai dasar untuk tidak meluluskan sebarang vaksin Covid-19 luar negara dan cuma bergantung kepada suntikan yang dikeluarkan dalam negara sahaja.

Akan tetapi dengan situasi musim sejuk menghampiri, terdapat kemungkinan varian ‘bermasalah’ virus tersebut meningkatkan jangkitan sebanyak 20% yang mungkin boleh menggubah pendirian dunia, terang Bancel.

Dalam pada itu, Jepun dilihat mulai melonggarkan dasar vaksinasinya dengan meluluskan penggunaan booster-shot keluaran Moderna dan Pfizer Inc terhadap varian Omicron bagi rakyatnya.

Setakat penulisan ini, saham Moderna diniagakan naik 6.17% pada $139.40 dengan permodalan pasaran sebanyak $54.53 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat