Aik, Kenapa Google Bagi Bonus Lagi Tahun Ini?

683

Untung la, tak payah masuk kerja pun dapat bonus!

Alphabet Inc milik Google menyatakan ia akan memberi bonus tambahan kepada para pekerjanya di seluruh dunia pada tahun ini kerana gergasi teknologi tersebut menolak pelan kembali ke pejabat.

Menurut sumber dari Reuters, Google akan memberi kesemua para pekerjanya termasuk tenaga kerja lanjutan dan pelatih bonus tunai satu kali sebanyak US$1,600 atau nilai setara di negara mereka bulan ini.

Hujar sumber itu lagi, faedah baharu tersebut adalah sebagai tambahan kepada elaun kerja dari rumah dan bonus kesejahteraan diri bagi menyokong pekerjanya semasa pandemik coronavirus.

Pada bulan Mac lalu, tinjauan dalaman Google menunjukkan penurunan dalam kesejahteraan diri para pekerjanya selepas syarikat tersebut mengumumkan beberapa siri faedah termasuk bonus tunai kesejahteraan diri bernilai $500.

Pada minggu lalu, Google telah menangguhkan pelan kembali ke pejabat kepada 10 Januari kerana kebimbangan varian Omicron dan terdapat beberapa tentangan daripada pekerjannya terhadap mandat vaksinasi syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat