AirAsia Kembali Bangkit

397

Harga saham AirAsia Group Bhd melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh setahun selepas naik 12 sen atau 10.43% kepada RM1.27 pada sesi dagangan pagi tadi.

Kenaikan berkenaan berlaku disebabkan oleh perkembangan positif vaksin Covid-19 yang mendorong pemulihan beberapa sektor termasuklah sektor penerbangan.

Di Bursa Malaysia, AirAsia Group mencecah paras RM1.25 setakat pukul 10.08 pagi dan kira-kira 65 juta saham bertukar tangan selepas pelabur mempertimbangkan beberapa laporan termasuklah pengesahan syarikat Thai AirAsia Co Ltd yang akan memulakan semula 40 laluan penerbangan domestik di Thailand bermula bulan hadapan.

Pada paras RM1.25, AirAsia Group mempunyai nilai pasaran kira-kira RM4.64 bilion berdasarkan 3.71 bilion saham yang diniagakan.

Harga saham syarikat itu sebelum ini pernah susut sehingga 52 sen pada 19 Mac 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Thai AirAsia, Santisuk Klongchaiya seperti dipetik oleh TTR Weekly, perkhidmatan penerbangan akan berjalan semula merangkumi kesemua penerbangan dari dua lapangan terbang Bangkok iaitu Suvarnabhumi dan Don Mueang serta 14 laluan di seluruh negara itu.

“Bermula 1 April, AirAsia akan meningkatkan kekerapan di laluan popular seperti dari Don Mueang ke Chiang Mai dengan 13 penerbangan sehari, Phuket (11 penerbangan sehari), Hat Yai (lapan), Surat Thani (enam) dan lima penerbangan sehari ke Chiang Rai, Khon Kaen dan Udon Thani.

“AirAsia akan turut membuka semula lima laluan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi ke Chiang Mai, Phuket, Hat Yai dan Nakhon Si Thammarat,” lapor TTR Weekly.

Tambah Santisuk, pihaknya akan gembira dengan permintaan yang tinggi untuk penerbangan udara di Thailand dan turut berasa bangga menjadi sebahagian daripada pemulihan industri pelancongan di negara berkenaan.

“AirAsia memantau secara dekat pandemik Covid-19 dan kami amat gembira untuk mampu meningkatkan perkhidmatan penerbangan kami susulan situasi yang kian pulih,” ujarnya.

Berdasarkan beberapa laporan, Thai AirAsia telah menghentikan penerbangan antarabangsanya sejak 22 Mac tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat