AirAsia Mula Jual RCUIDS Pada 1 Disember

1,499

Fly me to the moon.

AirAsia Group Bhd akan menerbitkan 2 daripada 6 hak sekuriti hutang Islam boleh tebus atau boleh tukar tanpa cagaran (RCUIDS) dengan waran percuma yang akan dijual secara langsung pada 1 Disember.

Terbitan hak RCUIDS tersebut akan mula dikeluarkan dari 3 Disember sehingga 10 Disember dengan 6 Disember sebagai tarikh pengeluaran dan keputusan langganan akan diumumkan pada 24 Disember. Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan itu turut menetapkan harga pelaksanaan waran detachable percumanya pada RM1.02 setiap satu.

Sebagai rekod pada 12 Julai lalu, AirAsia telah bercadang untuk menerbitkan hak RCUIDS dengan waran percuma berdasarkan 2 RCUIDS dan 1 waran bagi setiap 6 pegangan saham AirAsia bagi menjana RM1.02 bilion.

Setiap RCUIDS tersebut berharga 75 sen seunit untuk tempoh 7 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 8%. Setiap RCUIDS juga boleh ditukar kepada satu saham AirAsia baharu.

AirAsia mengatakan ia sedang mencari aku janji bertulis tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik bagi langganan penuh dari Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun serta pelaburan kenderaan mereka iaitu Tune Live Sdn Bhd dan Tune Air Sdn Bhd.

AirAsia turut merancang untuk mengatur penaja jamin untuk baki lagi 50% daripada sebahagian RCUIDS yang tidak digunakan oleh mereka yang bernilai RM615.89 juta daripada cadangan pengumpulan dana.

Pemegang RCUIDS berhak untuk menyerahkan nilai nominal RCUIDS atau jumlah tertunggak bagi ditukarkan kepada saham AirAsia pada bila-bila masa dalam tempoh penukaran pada harga penukaran.

Dalam pada itu, saham AirAsia bertambah 1 sen atau 0.89% pada RM1.13 dengan permodalan pasaran bernilai RM4.4 bilion sementara kaunter itu telah memperoleh 27.68% tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat