AirAsia ‘Steady Cucuk Langit’ Walaupun Syarikat AS Bergelut Dengan Krisis

323

‘Maksud secara halusnya dekat sini adalah ekonomi Malaysia lebih baik.’

Tatkala ini bank-bank besar di Amerika Syarikat (AS) sedang giat melakukan saringan pemgambilan atau pembuangan pekerja namun situasinya dilihat berbeza di Malaysia.

Bermula dengan kemas kini di AS, JPMorgan dan Bank of America (BoA) sedang membuat saringan pembuangan pekerja dengan berhati-hati untuk memastikan prospek bank terbesar negara Uncle Sam itu tidak terbeban.

Jelas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan, Daniel Pinto, bukan mudah untuk membuang seorang jurubank lebih-lebih lagi pada keadaan sekarang yang pasti memberi kesan kepada prospek masa depan bank.

Kenyataan tersebut secara kasarnya menggariskan isu kemelesetan yang dijangka berlaku pada masa depan memandangkan Federal Reserve (Fed) ligat membuat kenaikan kadar faedah bagi membendung inflasi.

Mengambil selangkah lebih depan dari JPMorgan, Goldman Sachs Group Inc dilihat enggan menanti lama dan bertindak membuang sejumlah pekerja pada bulan ini selepas terdapat lebihan kakitangan sebanyak 15% pada suku ke-2 (2Q) dulu.

Dalam pada itu, situasi di Malaysia agak berbeza dengan airasia Super App yang dilihat menawarkan program pengambilan pekerja sepenuh masa kepada pemandu e-hailing mereka.

Berkuatkuasa pada 1 Oktober nanti, kesemua pemandu e-hailing di bawah Super App milik Capital A yang layak akan menerima manfaat seperti pendapatan asas bulanan sehingga RM3,500 termasuk bahan api dan pendapatan bulanan RM8,000.

Program tersebut secara rasminya telah dilancarkan oleh CEO Capital A sendiri, Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan keterujaannya memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat