AirAsia Tawar Khidmat Penerbangan Dengan Penggunaan Teknologi Bertaraf Tinggi

255

Susulan perkhabaran mengenai pembukaan sektor pelancongan yang akan bermula di Langkawi pada 16 September, AirAsia turut mengambil peluang untuk menawarkan perkhidmatan ke lokasi tersebut.

Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia telah membangunkan pelbagai inovasi dan pembaharuan teknologi tanpa sentuh bagi memudahkan urusan para tetamu dalam menggunakan perkhidmatannya.

Langkah tersebut dijangka dapat meningkatkan pengalaman pengembaraan para tetamu dengan penggunaan terknologi yang dinaik taraf serta jaminan penerbangan yang lebih selesa dan selamat.

Ia termasuk sistem daftar masuk yang mudah dan pantas yang membolehkan tetamu memuat naik dokumen kesihatan dan vaksinasi untuk pengesahan segera melalui airasia Super App sebelum ke lapangan terbang.

AirAsia juga bakal memastikan prosedur operasi dilaksana dengan standard tertinggi yang mana ia akan menugaskan kru penerbangan yang lengkap dua dos suntikan vaksin sahaja bagi mengendalikan pesawat.

Ciri-ciri keselamatan pesawat seperti sistem pengudaraan dan penapis berkuasa tinggi di dalam kabin juga telah dipertingkatkan bagi menjamin udara yang paling bersih untuk para tetamu.

Pada ketika ini, ramai pengguna yang dilihat teruja susulan AirAsia memberi kadar tambang yang murah untuk penerbangan ke Langkawi itu.

Para tetamu juga digalakkan untuk datang seawal yang boleh sebelum masa berlepas dan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika penerbangan.

Dalam pada itu, AirAsia turut menasihati para tetamu bagi memastikan beberapa perkara sebelum menempah tiket penerbangan untuk menjamin perjalanan yang lancar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat