Airdrops Di Rangkaian Solana Pacukan Harga SOL Lebih 50% Pada April!

463

Antara event kripto yang menarik selain projek dan kolaborasi, airdrop sangat mencuri perhatian.

Misalnya, yang terbaru Solana (SOL) sejak tiga minggu lalu telah melancarkan beberapa projek bersama airdrops.

Secara jelasnya, Solana tidak sepenuhnya mengusahakan kepada pelancaran projek tersebut, sebaliknya pertukaran terdesentralisasi utama protokol Serum (SRM) sebenarnya bertanggungjawab terhadap airdrop COPE dengan mengedarkan 2,000 token kepada penggunanya yang menyertai hackathon DeFi, diusahakan oleh Solana dan Serum.

Selepas airdrop, COPE tersenarai di Serum dengan nilai $0.50 pada 30 Mac dan harga token itu telah melonjak ke paras tertinggi $5.43 pada 11 April dengan ganjaran kepada pemegang token pula bernilai $10,860.

Kejayaan airdrop COPE telah mendorong pelancaran token bersiri dan beberapa airdrop seperti HOPE, ROPE dan KOPE yang dilancarkan di blockchain Solana. Kebetulan bertepatan dengan lonjakan 55% harga SOL sejak awal April.

Walaupun airdrops mungkin memainkan peranan kecil terhadap lonjakan harga SOL, namun tidak dapat disangkal jika permintaan tinggi SOL dalam kalangan pengguna untuk mendaftar airdrops tersebut telah meningkatkan harga token itu.

Jika ada pengikut kripto yang tertarik dengan pelancaran airdrop di ekosistem Solana, anda mungkin berpeluang untuk menyertai salah satu daripadanya.

Berdasarkan kicauan @Solana_Mates yang dimuatnaik pada 7 April, lebih banyak airdrop akan dilancarkan pada masa akan datang.

Pengguna baru diibaratkan sebagai ‘nyawa’ kepada rangkaian blockchain yang berjaya. Dengan manfaat airdrops yang berterusan akan menarik lebih banyak projek berpotensi dan dapat mengurangkan kecairan dari satu protokol ke protokol yang lain.

Ketika penulisan, SOL didagangkan pada $29.41 dengan lonjakan lebih 12% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat