Akaun Fleksibel KWSP Mula Dilancarkan, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

578

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru sahaja melancarkan Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang berkuat kuasa pada 12 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Ia juga merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu sekumpulan pengguna yang terdesak untuk menggunakan wang simpanan mereka atas tujuan tertentu.

Kini, akaun ahli akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini kepada tiga akaun.

Akaun 1 (Persaraan): 75% daripada pemotongan pendapatan disimpan untuk kegunaan hari persaraan.

Akaun 2 (Sejahtera): 15% daripada pemotongan pendapatan untuk menangani keperluan kitaran harian kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Akaun 3 (Fleksibel): 10% daripada pemotongan pendapatan sebagai penyediaan fleksibel untuk keperluan kewangan jangka pendek. Ahli boleh keluarkannya pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Menurut maklumat di aplikasi KWSP i-Akaun, ahli yang mahu mengeluarkan wang simpanan melebihi RM250 perlu melalui proses elektronik Know-Your-Customer (e-KYC) secara atas talian atau menggunakan alternatif lain seperti mengunjungi pejabat KWSP terdekat bagi pengesahan cap jari.

Proses e-KYC atau pengesahan identiti yang dilakukan secara elektronik memerlukan pengecaman wajah di aplikasi KWSP i-Akaun.

Selain itu, pencarum boleh melakukan pindahan wang ke akaun bank sekali sehari dengan kadar minimum RM50.

Menurut kenyataan KWSP, permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat melakukan aplikasi atau di mana-mana cawangan seluruh negara.

Baki dalam Akaun 1 dan Akaun 2 masing-masing akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera. Manakala, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat