Akhirnya Bitcoin Canak Tembusi $20,000!

477

Pasaran mata wang kripto kini mengalami pergerakan yang sangat positif dengan Bitcoin (BTC) melonjak 5% memecahkan paras harga $20,000 dalam tempoh 24 jam lalu.

Manakala, Ethereum (ETH) turut melihatkan momentum menarik dengan mendaki 12% pada 24 jam lalu dan 15% dalam 7 hari lepas.

Walaupun BTC dan altcoin menunjukkan pergerakan yang lemah sejak beberapa kebelakangan ini, para pelabur kini mampu bertenang ekoran pasaran kripto mula memaparkan pemulihan pada hari ini.

Sementara itu, BNB Coin melonjak 5% yang kini didagangkan pada $289.67 dalam tempoh 24 jam lalu manakala Cardano (ADA) meningkat sebanyak 14%.

Solana (SOL) turut mendaki 11% dengan Polkadot serta Litecoin melonjak 2% menunjukkan pergerakan bullish.

Difahamkan bahawa pasaran kripto yang lemah sebelum ini adalah susulan keadaan makroekonomi yang tidak memberangsangkan dan tindakan Federal Reserve (Fed) membuat pengetatan kuantitatif serta kenaikan kadar faedah adalah salah satu punca pasaran kripto menjadi suram.

Namun begitu, pasaran kripto menyaksikan pemulihan yang kukuh sejurus selepas indeks dolar jatuh pada hari ini dan beberapa faktor dalam pasaran yang sedang menambahkan tekanan kepada US dolar.

Oleh demikian, pakar memberi amaran bahawa pasaran kripto boleh jatuh semula jika Fed masih bersikap ‘hawkish’ atau meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas lagi termasuklah ancaman inflasi yang bakal berlaku disebabkan perang Rusia-Ukraine.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat