Akhirnya! China Bertindak Selamatkan Pasaran Hartanah

199

Setelah sekian lama bergelut dengan ketidaktentuan, China akhirnya bertindak menyelamatkan sektor hartanahnya selepas Presiden Xi Jinping memutuskan untuk mengalihkan pendekatan ke arah menyokong ekonomi.

Pada Jumaat, People’s Bank of China (PBOC) dan Suruhanjaya Kawal Selia Perbankan dan Insurans China telah mengeluarkan notis kepada institusi kewangan, membentangkan rancangan untuk memastikan ‘pembangunan yang stabil dan sihat’ sektor hartanah.

Melalui pelan ‘16 perkara’  ia termasuk langkah-langkah dalam menangani krisis kecairan pemaju dan melonggarkan keperluan down-payment untuk pembeli rumah.

Langkah itu seiring dengan peraturan ‘20 perkara’ yang diumumkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan yang bertujuan untuk mengurangkan kesan ekonomi dan sosial daripada langkah kawalan Covid-19.

Ini adalah perubahan yang ketara diambil oleh kerajaan Xi setelah berdepan dengan prospek pertumbuhan ekonomi yang menyuramkan akibat sekatan coronavirus yang berulang.

Perubahan itu berlaku sejurus sebelum Xi dijangka bertemu Presiden Amerika Syarikat Joe Biden pada Isnin di luar sidang kemuncak G20, dalam pertemuan peribadi pertama antara dua ketua negara sejak wabak itu bermula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat