Akhirnya India Setuju Tidak Sekat Mata Wang Kripto! Tapi..

989

Status mata wang kripto di India mengelirukan dengan kenyataan yang serba tidak kena.

Dalam perkembangan terbaru, negara itu bersetuju untuk tidak menyekat mata wang kripto tetapi akan memperkenalkan undang-undang terhadap penggunaan aset tersebut.

Tidak cukup dengan itu, India juga tidak akan mengiktiraf kripto sebagai mata wang sah sama seperti yang dilakukan oleh El Salvador sejak awal September 2021.

Perundangan dan pantauan aset kripto, serta bursanya akan berada di bawah tanggungjawab Securities anc Exchange Board of India (SEBI).

Pelabur yang mengingkar perundangan yang diperkenalkan akan dipenjara satu setengah tahun. Manakala penalti pula perlu dibayar sebanyak ₹ 5 crore – ₹ 20 crore (sekitar RM2.8 juta – RM11.3 juta).

Sebelum ini, India membuat kenyataan mahu menyekat pelaburan mata wang kripto dan akan menfokuskan kepada penghasilan mata wang digital bank pusat (CBDC).

Susulan daripada itu, berlaku penjualan panik mata wang kripto di bursa kripto tempatan, WazirX.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat