Akhirnya Muncul Bukti Virus Covid-19 Buatan Makmal China

3,256

Pakar virologi yang terpaksa melarikan diri dari China selepas mempersoalkan asal usul Covid-19, Li-Meng Yan, akan mengemukakan bukti bahawa virus itu berpunca dari makmal dan bukannya dari pasar di Wuhan seperti didakwa oleh Beijing sebelum ini.

Yan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama ketika ditemubual oleh Taiwan News pada Julai lalu.

Beliau mendedahkan Covid-19 dibangunkan di sebuah pusat ketenteraan China yang dimiliki oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Dedahnya lagi, dakwaan bahawa Covid-19 itu berpunca dari sebuah pasar di Wuhan adalah untuk mengaburi mata orang ramai.

“Sesiapa sahaja meskipun tanpa ilmu berkaitan biologi, akan mampu membaca dan memeriksa serta mengesahkan sendiri jujukan genom itu. Jujukan genom itu seperti cap jari.

“Berdasarkan jujukan genom tersebut, anda boleh mengenalpasti sesuatu benda. Saya akan menggunakan bukti ini untuk memberitahu semua orang mengapa Covid-19 buatan makmal di China dan mengapa mereka bangunkannya,” kata Yan ketika ditemubual oleh stesen penyiaran Britain, ITV.

Pendedahan Yan itu menyebabkan beliau terpaksa melarikan diri ke AS selepas menerima ancaman. Malahan, dakwa Yan, kerajaan China bertindak memadamkan segala maklumat mengenai beliau serta menyebarkan khabar angin palsu berkenaan dirinya.

Dakwa Yan lagi, China sudah lama menyedari kewujudan Covid-19 sebelum kes pertama dilaporkan secara rasmi di Wuhan pada November lalu.

Bagaimanapun, dakwaan Yan itu ditepis oleh China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat