Akhirnya! PayPal Sudah Buka Pembelian Kripto Di AS

538

Paypal mula beraksi dengan tawaran terbarunya, perkhidmatan jual beli kripto dengan melancarkan perdagangan dan pembayaran kripto secara langsung semalam bagi pengguna kripto yang berkelayakan di Amerika Syarikat (AS).

Ini bermakna Paypal telah mengakhiri senarai tunggu bagi pengguna yang ingin menggunakan matawang kripto di AS dengan had yang ditawarkan $20,000 setiap minggu, yang mana pada asalnya diumumkan sekadar $10,000.

Sebelum ini timbul desas-desus yang mendakwa Paypal akan memperkenalkan perkhidmatan kripto, sebelum firma itu merealisasikan gosip yang tular dalam industri aset teknologi.

Malah, ada juga dakwaan bahawa firma itu akan melancarkan matawang kriptonya dalam 6 hingga 12 bulan selepas pelancaran perkhidmatan kripto.

PayPal akui peredaran zaman yang beransur ke arah teknologi menyebabkan mereka secara berperingkat menerapkan teknologi kripto sehingga ke peringkat global melibatkan 26 juta perniagaan.

Dijangka perkhidmatan kripto yang ditawarkan Paypal akan dilancarkan pada awal 2021, serentak dengan pembayaran kripto di Venmo.

Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan kripto, Paypal telah menerima Bitlicense bersyarat pertama daripada pengawal selia, New York Department of Financial Services.

Kebanyakan menyedari syarat perkhidmatan kripto Paypal memerlukan syiling yang dibeli di platform tidak boleh ditinggalkan. Perkara itu dianggap sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pihak pengawal selia untuk membawa perkhidmatan kripto kepada skala pengguna yang lebih luas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat