Mudah! Lepas Ni Dah Boleh Trade Bitcoin Guna PayPal!

526

Permintaan terhadap matawang crypto saban hari semakin meningkat berikutan keadaan geopolitik dan situasi membimbangkan yang semakin merisaukan. Pada hari ini, PayPal Holdings Inc mengumumkan untuk meluaskan pasaran ke pasaran matawang crypto. Hal ini telah membolehkan pelanggan membeli, menjual dan memegang matawang cypto termasuk bitcoin dengan menggunakan dompet digital.

Pelanggan PayPal juga dijangka dapat menggunakan matawang crypto untuk membeli barangan dalam rangkaian PayPal bermula awal tahun 2021.

Menurut Presiden dan Ketua Eksekutif, Dan Schulman dalam salah satu wawancara menyatakan bahawa PayPal berharap perkhidmatan yang ditawarkan akan mendorong penggunaan matawang crypto/digital secara global dan menyediakan rangkaian untuk matawang digital yang dikembangkan oleh bank pusat.

PayPal kini merupakan sebuah syarikat yang memiliki 346 juta akaun aktif di seluruh dunia dan memproses pembayaran yang berjumlah $ 222 bilion pada suku kedua.

Disisi lain, beberapa bank pusat di seluruh dunia telah menyatakan hasrat mereka untuk mengembangkan matawang crypto yang diterbitkan oleh bank pusat sendiri.

Bitcoin telah mencatat peningkatan sebanyak 3.2% pada harga $12,305 seunit susulan laporan engumuman PayPal Holdings inc.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat