PayPal Nak Cipta Matawang Kripto!

218

Selepas PayPal mengumumkan sistem penyokongan matawang kripto semalam hingga menyebabkan lonjakan Bitcoin (BTC), firma itu didakwa bakal menubuhkan aset kriptonya sendirinya.

CSO firma pengurusan aset digital, CoinShares, Meltem Demirors berpendapat dengan penglibatan PayPal dalam sektor kripto telah membuka jalan kepada firma itu untuk melancarkan matawang kripto dan ini bukanlah berita yang mengejutkan.

“Mungkin dalam 6 hingga 12 bulan lagi, PayPal akan mengumumkan pelancaran matawang kripto. Sama seperti dolar digital yang dilihat dalam kebanyakan syarikat pembayaran.” katanya.

Keputusan itu diambil setelah PayPal mengundur diri daripada pertubuhan utama matawang kripto Libra Facebook, Libra Association pada Oktober 2019 kerana tidak mahu krisis firma itu menjejaskan perniagaan mereka.

Terbaru, PayPal dilaporkan sedang berusaha untuk memiliki firma penjagaan aset, BitGo Inc dan kedua-dua syarikat tersebut masih dalam perbincangan.

BitGo merupakan firma pengurusan aset digital yang ditubuhkan pada 2013, pernah mengumpul $15 juta dalam satu rundingan yang diketuai oleh Goldman Sachs dan Galaxy Digital pada 2018.

Walaupun kata putus dijangka dalam masa beberapa minggu lagi, tiada haminan PayPal akan berjaya memiliki BitGo. PayPal wajar menyasarkan sasaran baru jika benar-benar berminat untuk meneruskan rancangan mereka.

Pengguna yang berminat dengan perkhidmatan kripto yang ditawarkan digital wallet PayPal, servis itu akan dibuka sepenuhnya pada awal 2021. Ia melibatkan pembelian, pemilikan dan penjualan beberapa matawang kripto termasuk Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat