Akhirnya Terbukti! El Salvador Selesai Bayar Bon $800 Juta

281

“ El Salvador dapat juga bayar bon walaupun orang lain tak percaya dengan keupayaan negaranya.” 

Sungguhpun rakyatnya beranggapan negara bakal menghadapi masalah kewangan, Presiden El Salvador Nayib Bukele yang merupakan penyokong tegar mata wang kripto Bitcoin (BTC) mengumumkan bahawa kerajaan berjaya membayar semula bon bernilai $800 juta termasuk faedah. 

Difahamkan, kerajaan pada 23 Januari 2023 telah membayar sebanyak $604.1 juta dan faedah $23.4 juta, menyusuli dua transaksi lain pada 2022.

Meskipun begitu, beliau kecewa dengan saluran media antarabangsa yang langsung tidak berminat menyebarkan berita membanggakan itu walaupun sebelum ini mereka adalah antara pihak paling meragui kemampuan pembayaran balik bon tersebut.

Antaranya adalah pihak The New York Times yang mendakwa El Salvador tidak mampu membayar hutang mereka jika negaranya membeli sejumlah BTC, tetapi sebaliknya terjadi apabila bon itu dapat diselesaikan tanpa perjanjian dengan International Monetary Fund (IMF).

Suka dimaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) adalah individu pertama yang mengucapkan tahniah kepada El Salvador atas kejayaan tersebut.

Secara konteks, El Salvador telah menerima BTC sejak September 2021 dan pihak berkuasanya tetap menyokong aset digital itu walaupun pasaran kripto secara berterusan mengalami pergerakan bearish.

Setakat ini, negara tersebut didapati memegang sebanyak 2,381 BTC tetapi jumlahnya mungkin lebih daripada itu susulan Presiden Bukele pernah merancang pada November tahun lepas untuk membeli satu BTC setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat