Aktiviti Matawang Crypto Akan Menjadi Sah Menurut Undang-Undang Dan Bebas Cukai Bermula Mac Ini

2,119

Presiden Belarusian, Alexander Lukashenko telah mentandatangi perjanjian berkenaan pengesahan aktiviti matawang crypto, initial coin offering (ICO) dan smart contract (script) secara rasmi pada bulan Mac. Justeru segala aktiviti matawang crypto adalah tidak dilarang dibawah undang-undang dan bebas cukai sehingga tahun 2023.

Usahawan dan syarikat perniagaan High Technology Park (the HTP) dibenarkan untuk menggunakan matawang crypto dan token sebahagian daripada operasi mereka.

The HTP merupakan zon ekonomi yang berada dibawah undang-undang dan peraturan cukai yang berbeza di Belarus. The HTP ibarat seperti Silicon Valley di US. Berdasarkan laporan, zon ekonomi tersebut terdiri daripada 192 syarikat yang berteraskan teknologi perisian dan perkhidmatan teknologi.

Menurut laporan, berdasarkan dekri yang baru diputuskan, tiada halangan dan cukai yang dikenakan. Dengan ini, Belarus menjadi negara pertama yang membenarkan smart contract di peringkat negara.

Anton Myakishev, pengurus Microsoft di Belarus berpendapat dekri yang baru diputuskan itu dapat menjana pembangungan dan akan menarik lebih banyak pelaburan luar negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat