Aktiviti Ekonomi China Makin Lemah, Parahlah Macam Ni!

768

Aktiviti ekonomi China terus melemah pada bulan Ogos ketika negara itu cuba membendung kebangkitan semula wabak Covid-19 dengan melaksanakan langkah sekatan yang lebih ketat.

Jualan runcit jatuh dengan ketara kepada 2.5% dari 8.5% pada bulan lalu dan jauh tersasar daripada jangkaan untuk meningkat 7.0%, mencatatkan pertumbuhan paling perlahan sejak Ogos tahun lepas.

Ekonomi China membuat kebangkitan yang sangat kuat dari penguncupan yang disebabkan coronavirus tahun lalu, tetapi momentum pertumbuhan semakin perlahan sejak beberapa bulan kebelakangan ini kerana perniagaan bergelut dengan kemunculan semula Covid-19 dan gangguan rantaian bekalan kerana kos bahan mentah yang tinggi.

Perlaksanaan langkah sekatan pergerakan di beberapa wilayah telah menjejaskan industri katering, pengangkutan, penginapan dan hiburan.

Selain itu, pertumbuhan output kilang di China juga mencatat pertumbuhan yang perlahan dengan meningkat 5.3% Ogos dari 6.4% yang dicatatkan sebelumnya, kadar paling lemah sejak Julai 2020.

Kelemahan ini didorong oleh kekurangan semikonduktor yang berterusan dan langkah-langkah untuk mengawal pencemaran yang tinggi, dengan pengeluaran perlahan untuk kedua-dua pembuatan dan utiliti.

Susulan daripada bacaan yang kurang memberangsangkan ini, matawang sensitif risiko dolar Aussie terus melemah di paras terendah dua minggu.

Dolar kiwi pula merosot ke tahap terendah satu minggu, sebelum kembali stabil di sekitar harga 0.7097 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat