Aktiviti Perkilangan China Paling Kuat Dalam Tempoh 3 Tahun

207

Aktiviti pembuatan China berkembang dengan kadar terpantas dalam tempoh lebih tiga tahun pada bulan November ketika ekonomi negara itu terus pulih dari kejatuhan yang disebabkan wabak coronavirus.

Data positif yang diterbitkan pada pagi Isnin sesi Asia memperlihatkan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu berada di landasan tepat ke arah pemulihan, dengan data pengeluaran baru-baru ini menunjukkan sektor pembuatan kini berada pada tahap pra-pandemik.

Indeks pembuatan China meningkat 52.1 pada bulan November daripada 51.4 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ini merupakan bacaan PMI tertinggi pernah direkodkan sejak September 2017.

Peningkatan ini telah disokong oleh penawaran dan permintaan barangan buatan China yang bertambah baik selain turut didorong oleh import dan eksport yang terus menunjukkan pemulihan.

Bagaimanapun, pemulihan dalam pembuatan dikatakan masih tidak sekatan, menurut Zhao Qinghe, ahli ekonomi biro statistik. Beberapa perniagaan mengatakan keuntungan dan pesanan eksport berada di bawah tekanan berikutan nilai matawang yuan yang lebih kuat, tambahnya lagi.

Dalam pada itu, China juga menerbitkan data PMI untuk sektor perkhidmatan yang turut menunjukkan pengembangan pada bulan ini daripada 56.2 pada Oktober kepada 56.4.

Ekonomi dijangka berkembang sekitar 2% pada tahun ini, iaitu yang paling lemah dalam tempoh lebih tiga dekad tetapi masih jauh lebih kuat daripada ekonomi utama lain yang masih bergelut untuk mengawal penularan wabak coronavirus ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat