Aktiviti Perniagaan U.S Mengukuh Dalam Bulan Oktober

70

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini, aktiviti perniagaan dalam sektor swasta U.S meningkat melebihi jangkaan pada bulan Oktober. Aktiviti perniagaan yang semakin kukuh menyebabkan pasaran semakin optimis terhadap ekonomi U.S.

Berdasarkan laporan, menurut kumpulan penyelidikan pasaran IHS Markit Indeks komposit tempahan pengurus (PMI) yang meliputi sektor pembuatan dan perkhidmatan meningkat kepada 55.7 pada bulan Oktober berbanding bulan lepas yang mencatat bacaan 54.8. Bacaan 55.7 merupakan bacaan tertinggi sejak Januari.

Lanjut IHS Markit PMI bagi sektor perkhidmatan, mencatat peningkatan kepada 55.9 pada bulan Oktober berbanding bulan lepas yang mencatat bacaan 55.3.

Para penganalisis menjangkakan bacaan meningkat kepada 55.6.

Manakala PMI  bagi sektor pembuatan, meningkat kepada 54.5 pada bulan Oktober berbanding bulan lepas yang mencatat bacaan 53.1 dan jangkaan pakar ekonomi pada 53.5.

Namun menurut IHS Markit, pertumbuhan perniagaan baru hanya bertumbuh dengan stabil daripada 2 tahun tertinggi pada bulan Ogos.

Tim Moore, penganalisis IHS Markit, berpendapat kaji selidik ini menunjukkan permulaan yang bagus bagi suku tahun keempat buat ekonomi U.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat