Alamak! 19 Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Top Glove!

1,150

Putrajaya telah menjalankan operasi Top Glove Corporation Berhad di 5 buah negeri pada 26 November, setelah salah satu kilang di Meru, Klang menjadi penyumbang terbesar kepada kes Covid-19 iaitu Kluster Teratai.

Menurut sebuah kenyataan, Kementerian Sumber Manusia mendedahkan bahawa operasi tersebut dilakukan dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), di Johor, Perak, Kedah, Kelantan dan Negri Sembilan yang melibatkan 6 buah kilang, dengan 19 kertas siasatan dibuka terhadap syarikat itu.

Hasil siasatan menyeluruh terhadap penginapan pekerja dan asrama mendapati bahawa majikan tidak mematuhi Akta Piawaian Minimum mengenai Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Pelanggaran utama melibatkan kegagalan syarikat berkenaan mengemukakan permohonan Sijil Penempatan dari ketua pengarah Jabatan Tenaga Kerja, seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 24D, Undang-Undang 446.

Oleh yang demikian, TKSM akan mengambil tindakan lebih lanjut untuk merujuk kertas siasatan yang telah dibuka kepada timbalan pendakwa raya, untuk semua kesalahan yang disiasat di bawah Akta 446.Sekiranya disabitkan kesalahan, seorang majikan boleh dijatuhi hukumamn denda hingga RM 50,000 untuk setiap kesalahan.

Sementara itu, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan bahawa akan meningkatkan perintah kawalan pergerakan (EMCO) di kuarters pekerja Top Glove di Meru, Klang yang telah dilanjutkan selama 14 hari lagi dari hari ini, hingga 14 Disember.

Selain itu, Majlis Keselamatan Nasional telah menetapkan bahawa semua pekerja Top Glove di lokasi berkenaan perlu menjalani ujian saringan Covid-19. Walau bagaimanapun, mereka yang didapati negatif dianggap sebagai berisiko tinggi dan diwajibkan untuk menjalani kuarantin.

Tambahan daripada itu, semua pekerja akan diberikan Perintah Pengawasan Rumah (HSO) selama 14 hari, dan akan memakai gelang di pergelangan tangan untuk pengawasan, menjalani pemeriksaan kesihatan setiap hari, dan menjalani ujian Covid-19 berulang pada hari ke-13 HSO mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat