Alamak! 3 Altcoin Ini Diramal “Crash” Pada Minggu Depan!

2,213

“Apa-apa pun korang jangan lupa buat analisis sendiri juga tau.

Susulan para pelabur menjangkakan mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal melakukan pembetulan kira-kira 10% hingga 20%, nasib altcoin mungkin akan serupa tetapi penurunannya mampu lebih daripada angka itu.

Antara altcoin yang diramal akan menyaksikan kejatuhan ketara dalam masa terdekat ini adalah Injective (INJ) di mana harganya yang kini didagangkan pada $16.74 telah menunjukkan banyak tanda-tanda prospek menurun dalam jangka pendek.

Namun, INJ yang meningkat 167% antara 12 Oktober dan 11 November 2023 mampu mencapai $18.41 pada minggu depan sebelum harganya melakukan penyusutan.

Harga INJ juga mampu naik besar-besaran menjelang unlock token pada 21 Januari 2023 kerana hampir 4.40% daripada bekalan edaran yang ditetapkan akan dibuka pada tarikh tersebut.

Selain INJ, Avalanche (AVAX) juga mampu mengalami penerjunan walaupun harganya telah berjaya melonjak lebih 185% daripada 16 Oktober sehingga 13 November 2023 dan mencapai $25.50 pada Jumaat lepas.

Sekiranya harga AVAX gagal mengekalkan kedudukannya di atas $22.56, maka aset digital itu bukan sahaja mampu tergelincir semula sebanyak 30% pada $15.56 malah menguji semula zon sokongannya pada $14.67.

Memang tidak dinafikan Optimisme (OP) telah melambung 67% antara 16 Oktober dan 13 November 2023, tetapi harganya yang kini berada pada $1.78 boleh melihat pullback untuk menguji semula zon sokongannya pada $1.65 dan $1.45 ataupun $1.41.

Walaupun prospek pembetulan jangka pendek untuk OP adalah menurun, prospek jangka panjang aset digital tersebut sebahagian besarnya kekal menaik dan pemulihan di atas $1.91 mampu mendorong harganya untuk mencapai $3.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat