Alamak! Betul Ke UPbit Jual Kripto Palsu?

217

“Jangan salah anggap tau, korang kena baca dulu baru faham cerita.”

Susulan bursa mata wang kripto Korea Selatan UPbit Exchange memperdagangkan aset digital palsu bernilai $14,800 secara tidak sengaja, tindakan segera telah diambil bagi menghentikan dan memperbetulkan keadaan.

Dilaporkan oleh UPbit baru-baru ini, mereka mengesan aset digital palsu iaitu Aptos (APT) daripada sumber tidak dikenal pasti yang disimpan dalam beberapa akaun di UPbit, di mana ia telah diluluskan secara sah.

Rentetan itu, UPbit telah mengakui kecuaian dilakukannya susulan menganggap beberapa item itu sebagai APT sebenar, tetapi kesilapan tersebut malangnya telah menyebabkan pelanggan tidak mengetahui bahawa mereka sudah membeli token palsu.

Bagaimanapun, UPbit yang pantas menemui masalah itu telah segera menggantung deposit dan pengeluaran, kemudian perkhidmatan disambung semula pada lewat petang pada hari sama pemberhentian sementara tersebut berlaku.

UPbit yang pada masa ini terus berusaha mendapatkan baki tiruan itu telah memberi jaminan kepada penggunanya bahawa mereka akan mendapatkan semula dua pertiga daripada token APT palsu.

Umum mengetahui masalah itu telah tercetus susulan daripada fungsi APT yang baru sahaja ditambah, di mana ia membenarkan pengguna mengeluarkan versi token APT hanya menggunakan platform mainnet mereka.

Namun semasa proses tersebut berlaku, UPbit salah mengiktiraf kedua-dua coins palsu dan asli sebagai APT dan kegagalan mereka untuk membezakannya telah mengakibatkan penjualan aset digital palsu berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat