Alamak! British Airways Kena Dendalah Pula!

327

British Airways telah didenda sebanyak $26 juta dolar oleh Pejabat Pesuruhjaya Maklumat (ICO) di UK kerana pelanggaran data pada tahun 2018 yang mengakibatkan butiran peribadi dan kewangan 429,612 pelanggan BA terdedah.

Setelah menjalankan penyiasatan hampir 2 tahun, ICO menyimpulkan bahawa British Airways tidak mempunyai langkah keselamatan yang mencukupi untuk memproses sejumlah besar data peribadi. Oleh yang demikian, kegagalan itu melanggar undang-undang perlindungan data.

Walaupun denda itu kurang dari £ 183 juta yang dikemukakan oleh ICO pada 2019, namun ianya merupakan denda terbesar yang pernah dikeluarkan oleh organisasi berkenaan. Bahkan mereka turut mengambil kira kesan ekonomi Covid-19.

Di samping itu, penggodam dipercayai berjaya mengakses nama, alamat, nombor kad pembayaran dan nombor CVV 244,000 pelanggan British Airways. Tambahan daripada itu, nama pengguna dan kata laluan sehingga 612 anggota Kelab Eksekutif BA mungkin juga telah didedahkan.

Lebih malang lagi, British Airways mengambil masa lebih dari 2 bulan untuk menyedari isu tersebut.

Menurut Jurucakap British Airways, mereka telah pun memaklumkan kepada para pelanggan sebaik sahaja menyedari serangan jenayah terhadap sistem syarikat berkenaan pada tahun 2018 dan memohon maaf.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat