Alamak! CEO Moderna Kata Omicron Kebal Vaksin?

1,370

Kenyataan terbaru daripada Ketua Pegawai Eksekutif Moderna, Stephane Bancel sekali lagi menimbulkan kegelisahan pelabur terhadap varian coronavirus Omicron.

Menerusi temu bual bersama Financial Times pada hari Selasa, Bancel mengatakan vaksin Covid-19 berkemungkinan tidak akan memberikan tahap perlindungan sama terhadap Omicron seperti yang dilakukan terhadap delta.

Omicron yang dikatakan membawa risiko lonjakan jangkitan sangat tinggi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah mencetuskan amaran di seluruh dunia sehingga memaksa pengetatan semula sempadan dan menyuramkan pemulihan ekonomi selepas 2 tahun terkesan dengan pandemik.

Selain itu, Bancel turut memberitahu bilangan mutasi yang tinggi pada spike protein yang digunakan oleh virus untuk menjangkiti sel manusia, membuatkan mereka perlu untuk membangunkan vaksin baru.

Beliau sebelum ini memberitahu CNBC bahawa syarikat farmaseutikal mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk membangunkan dan menggunakan imunisasi terkini yang boleh mereka berikan dalam jumlah besar.

Pada ketika ini, kebanyakan pembangun vaksin telah berusaha menjalankan penyelidikan keberkesanannya ke atas Omicron.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla mengatakan syarikatnya akan bersedia dengan vaksin yang khusus untuk Omicron dalam masa 100 hari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat