Alamak! CFTC Denda Kraken, RM5.23 Juta Perlu Dibayar!

328

Platform pertukaran matawang kripto, Kraken terpaksa membayar denda kepada Commodity Futures Trading Commision (CFTC) bernilai $1.25 juta (~RM5.23 juta) susulan daripada kesalahan menawarkan produk margin berkaitan Bitcoin (BTC) dan matawang kripto secara tidak sah.

Jelas CFTC dalam kenyataan semalam, Kraken didapati telah gagal untuk mendaftar sebagai peniaga komisen niaga hadapan dan secara tidak sah melakukan penawaran margin transaksi komoditi runcit dalam aset digital bagi tempoh Jun 2020 sehingga Julai 2021.

Pengarah penguatkuasaan CFTC, Vincent McGonagle percaya tindakan yang diambil adalah bertujuan untuk menjamin perlindungan pelanggan Amerika Syarikat (AS).

Agensi itu juga mengkritik aspek perkhidmatan yang ditawarkan Kraken kerana pengguna sukar untuk mengeluarkan aset selagi pembayaran semula tidak dilakukan.

Tidak cukup dengan itu, jika pengguna tidak melalukan pembayaran semula dalam tempoh 28 hari, Kraken berupaya untuk melakukan pengeluaran margin tanpa persetujuan pengguna, termasuk mencairkan aset jika nilai kolateral susut di bawah peratusan tertentu daripada jumlah margin yang tertunggak.

Selain Kraken, bursa kripto lain juga berhadapan dengan denda yang sama oleh CFTC.

  • BitMEX terpaksa membayar denda berjumlah $100 juta kepada CFTC dan FinCEN pada Ogos.
  • Coinbase didenda sebanyak $6.5 juta pada Mac.
  • Binance juga turut berhadapan dengan pengawasan CFTC pada tahun ini namun masih belum ada perkembangan terbaru.
  • Bitfinex menerima denda bernilai $75,000 pada 2016 kerana pelaksanaan penawaran tidak sah transaksi komoditi off-exchange dan kegagalan mendaftar sebagai perniagaan komoditi niaga hadapan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat