Binance ‘Dikepung’ CFTC!

1,499

Sangka Binance sudah terlepas dari perhatian Securities and Exchange Commission (SEC), rupanya platform pertukaran kripto ini terpaksa berhadapan dengan cengkaman daripada Commodity Futures Trading Commission (CFTC) pula.

Dalam laporan terbaru, pihak penyelia CFTC sedang menyiasat dakwaan Binance telah melakukan eksploitasi melalui aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh pelanggannya.

Tidak dinafikan sebelum ini memang ada timbul isu ini, namun ditepis segera oleh Binance.

Sejauh mana kebenaran tersebut benar-benar berlaku tidak dapat dikenalpasti tetapi jurucakap Binance menjelaskan pihak mereka sama sekali tidak bertolak ansur dengan aktiviti perdagangan dalaman dan mengaplikasikan kod etika yang ketat berkaitan dengan tindakan yang memberi impak negatif kepada penggunanya atau industri.

Tambahnya lagi, pasukan sekuriti Binance yang ditubuhkan menjalankan proses yang terperinci dan menahan pelaku yang bertanggungjawab dalam aktiviti serupa, malah tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan mereka bagi mengurangkan kesannya pada masa akan datang.

Sejak berhadapan dengan pantauan daripada United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan, Binance terus-menerus dihentam dari pelbagai pihak termasuk Jepun, Malaysia, Itali, Jerman, dan Pulau Cayman.

Susulan daripada itu, Binance dilihat berusaha melantik lebih ramai lagi eksekutif berkaitan dengan pematuhan undang-undang, serta mengekang penawaran produk dengan leverage yang tinggi dan perdagangan token saham.

Platform itu juga telah berundur daripada beberapa buah negara seperti Singapura dan Ontario, Kanada.

Lebih menggusarkan keadaan, Binance turut dihentam oleh segelintir penggunanya yang mahu menebus kerugian dalam perdagangan mereka akibat daripada gangguan teknikal pada Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat