Coinbase Kena Denda $6.5 Juta!

940

Tanpa disangka, Coinbase yang berpangkalan di California terpaksa berhadapan dengan denda berjumlah $6.5 juta (RM 26,741,000) kerana didapati bersalah dalam mengeluarkan laporan yang tidak betul dan mengelirukan.

Denda tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) Amerika Syarikat (AS) pada 19 Mac.

Tidak cukup dengan itu, didapati bekas pekerjanya telah membuat pembelian saham secara haram di platform GDAX.

Jelas CFTC, penglibatan Coinbase dalam perdagangan itu telah memberi kesan terhadap persepsi harga dan jumlah dagangan di GDAX di antara Januari 2015 dan September 2018. Secara terperinci, berlaku beberapa aktiviti jual beli pada Ogos dan September 2016 yang mana menyebabkan lonjakan aktiviti bagi pasangan Litecoin (LTC)/Bitcoin (BTC).

Coinbase pernah menjadi perhatian pihak berkuasa kerana isu berkaitan margin trading. Susulan daripada itu, pertukaran tersebut menutup platform margin trading pada 25 November sebelum menamatkan sepenuhnya fungsi itu pada Disember.

CFTC juga ada menyiasat Binance pada 12 Mac bagi tujuan mengenalpasti jika berlaku perdagangan haram dalam kalangan penduduk AS. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada tindakan diambil terhadap pertukaran itu.

Pada 1 Oktober 2020, CFTC telah mengheret BitMEX ke mahkmah persekutuan atas tuduhan menjalankan operasi perdagangan tidak berdaftar, termasuk gagal memasang prosedur anti-penyelewengan wang (AML) seperti yang dituntut.

Buat masa sekarang, CFTC masih lagi menunggu keputusan rasmi daripada Senat sama ada Chris brummer akan menggantikan Heath Tarbert yang melepaskan jawatan pada 21 Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat