Alamak! Data NFP Belum Keluar Lagi, Tapi USD Dah Kecut

1,370

Matawang gergasi US dolar kelihatan sedikit susut ketika pasaran memasuki sesi Eropah dengan tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat dan Kanada malam ini.

Penyusutan ini telah memberi ruang buat euro dan juga matawang komoditi lain untuk mencatatkan peningkatan pada awal sesi Eropah.
Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar merosot sebanyak 0.15% pada 91.41, tetapi masih diniagakan kukuh di sekitar paras tertinggi 2 bulan.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun kekal mengukuh pada tahap tertinggi di sekitar 1.13% untuk menyokong dagangan dolar greenback.

Data tuntutan pengangguran AS sebelum ini menunjukkan bacaan yang memberangsangkan, dengan mencatatkan penurunan di bawah angka 800,000 dan data pekerjaan ADP pula meningkat. Ini mungkin salah satu petunjuk bahawa pasaran pekerjaan AS mula menunjukkan pemulihan.

Susulan jangkaan optimis ini, ia menguatkan lagi harapan pasaran untuk melihat laporan pekerjaan malam ini meningkat dan sekali gus mendorong prospek ekonomi AS pulih dengan cepat.

Sementara itu, matawang pound terus mengekalkan momentum pengukuhannya untuk kembali meningkat di atas paras harga 1.370000 berbanding US dolar.

Keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat England (BOE) yang mengekalkan pendekatan terhadap dasar monetari semasa telah menyokong dagangan pound sterling walaupun berdepan dengan US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat