Alamak! EUR/USD Mula Beri Isyarat Untuk Menjunam?

492

Meneliti butiran laporan minit mesyuarat FOMC terbaru yang menjadi tumpuan para pelabur pada awal pagi ini, terdapat petunjuk bahawa perbincangan untuk pengurangan pembelian bon untuk tempoh lebih awal selepas Federal Reserve (Fed) mengekalkan dasar monetari yang longgar.

Situasi tersebut telah menjadi faktor yang mencetuskan kebangkitan semula US dolar dalam pasaran untuk kembali mengukuh setelah pamerkan prestasi suram sejak awal minggu.

Dapat dilihat pada carta harga pasangan mata wang utama hampir kesemuanya telah memberi isyarat perubahan arah pergerakan harga susulan pengukuhan semula US dolar.

Pada carta pasangan EUR/USD, harga yang telah membuat kenaikan menghampiri paras ketinggian 1.22500 mula susut semula sehingga penghujung sesi New York.

Penurunan harga telah kembali semula ke zon RBS (resistance become support) 1.21800-1.21500 yang sebelum ini menjadi zon rintangan pada minggu lalu.

Walaupun masih bergerak dalam trend bullish, namun penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dilihat memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish untuk carta EUR/USD.

Penurunan di bawah zon RBS 1.21800-1.21500 akan menguatkan lagi jangkaan untuk harga meneruskan penurunan pada trend bearish. Harga masih bergerak mendatar di zon tersebut pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Penurunan selanjutnya dilihat akan menuju zon RBS lebih rendah pada 1.20900-1.20600 sebelum penurunan yang diteruskan akan menguji zon support utama pada 1.20000.

Sebaliknya, jika harga sekadar membuat pembetulan (correction), kenaikan harga dari zon RBS 1.21800-1.21500 akan menuju semula ke paras rintangan 1.22500.

Melepasi rintangan tersebut seterusnya akan menjadikan paras ketinggian pada 1.23000 sebagai destinasi sasaran kenaikan yang terbaru sekaligus terus merekodkan paras tertinggi terbaru 4 bulan.

Pelabur akan lebih berwaspada untuk kedua-dua mata wang Euro dan US dolar pada penghujung minggu menjelang data-data sektor ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat