Alamak! Evergrande Punya Pasal Pelabur Kena Hati-hati!

2,253

Ancaman risiko Evergrande menanti pelabur pada pembukaan awal minggu selepas sahamnya dilaporkan digantung untuk diperdagangkan di pasaran Hong Kong.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada awal sesi Asia, perdagangan saham China Evergrande Group dihentikan pada jam 9 pagi hari ini. Oleh itu, semua produk berstruktur yang berkaitan dengan syarikat itu juga akan dihentikan perdagangan pada masa yang sama.

Situasi ini terjadi selepas firma gergasi itu gagal membayar dua faedah ke atas bon offshore yang berakhir pada 23 dan 29 Oktober. Ia kini mempunyai tempoh penangguhan sementara (grace period) selama 30 hari dari tarikh ia berakhir.

Matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi mula memaparkan sedikit penurunan pada sesi Asia setelah mencatatkan peningkatan pada akhir dagangan minggu lalu.

Kedua-dua matawang tersebut menjadi tumpuan utama pasaran minggu ini berikutan mesyuarat polisi bank pusat Australia dan New Zealand yang dijadualkan berlangsung pada minggu ini.

Sementara itu, raja matawang US dolar dilihat sedikit meningkat susulan penyusutan yang dicatatkan pada akhir minggu lalu berikutan pengambilan untung oleh pelabur. Ketika penulisan, indeks dolar diperdagangkan pada 94.05.

Pelabur akan menumpukan perhatian pada penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat yang dijangka meningkat pada bulan September.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, euro sedikit tergelincir dari paras harga 1.1600 yang dicapainya pada awal sesi Asia, sementara pound pula bertahan di sekitar harga 1.3530 berbanding greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat