Alamak! Harga Emas Tergelincir Lagi

5,447

Harga emas jatuh menyentuh paras terendah dua minggu apabila US dolar yang lebih kukuh terus mengurangkan permintaan terhadap logam berharga itu.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan lebih rendah pada sekitar harga $1,837 per auns, manakala niaga hadapan emas pula menyusut pada $1,839 per auns.

Logam kuning itu telah mencatatkan penurunan paling besar dalam tiga minggu pada hari Selasa berikutan kebangkitan semula US dolar daripada paras terendah bulanannya.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada hari Selasa untuk membincangkan mengenai isu inflasi AS yang terus melambung tinggi.

Biden memberitahu Jerome Powell bahawa beliau akan memberi bank pusat itu ruang dan kebebasan untuk  menangani inflasi mengikut langkah yang bersesuaian.

Selain itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen juga menyatakan sokongannya terhadap tindakan Fed dalam meredakan kenaikan harga pengguna yang kini menjadi keutamaan Presiden Joe Biden.

Sementara itu, penggubal dasar Fed Christopher Waller mengatakan beliau menyokong kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi pada beberapa mesyuarat seterusnya dan dasar sepatutnya berada di atas paras normal menjelang akhir tahun untuk mengurangkan permintaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat