Alamak, Jatuh ‘Berdarah’ Bursa Pada Hari Ini! Semua Sebab Inflasi AS

395

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menjunam 4.20 mata pada 1,565.90 daripada penutupan Khamis pada 1,570.10.

Indeks dibuka 5.80 mata pada 1,564.30.

Ia dibuka mengundur dari keuntungan ekoran aktiviti pengambilan untung apabila pelabur mengambil isyarat penurunan pada pasaran Wall Street.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 325 berbanding 122, manakala 233 kaunter pula tidak berubah, 1,538 tidak didagangkan dan 36 digantung.

Jumlah perolehan pada 354.5 juta unit bernilai RM167.08 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, kebimbangan yang meningkat mengenai kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) dan prestasi negatif Wall Street dorong aktiviti pengambilan untung di bursa tempatan.

Tambahnya lagi, pelabur sedang berhati-hati dan memberi fokus kepada data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-4 (4Q21) pada Jumaat untuk menilai kadar pemulihan ekonomi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank jatuh 3 sen pada RM8.52, Public Bank Bhd hilang 2 sen pada RM4.33 dan IHH Healthcare Bhd susut 5 sen pada RM6.50 sementara Petronas Chemicals naik 2 sen pada RM9.13.

Saham aktif memperlihatkan Vortex Consolidated Bhd dan DNeX tambah 1 sen pada 9 sen dan RM1.08, KNM Group Bhd naik 1.5 sen pada 17 sen sementara Hibiscus Petroleum Bhd jatuh 2 sen pada RM1.03.

Di papan indeks, FBM ACE turun 68.71 mata pada 6,264.62, FBM 70 susut 69.54 mata pada 13,709.15, FBM Emas jatuh 35.15 mata pada 11,232.46, FBMT 100 hilang 35.08 mata pada 10,917.51 dan FBM Emas Shariah layu 29.73 mata pada 11,930.09.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 61.74 mata pada 16,220.67, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 0.06 mata pada 209.81 dan indeks Perladangan melayu 5.72 mata pada 6,882.79.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat