Alamak! Senat Tangguh Debat RUU Pakej Rangsangan

398

Perdebatan Senat Amerika Syarikat mengenai rang undang-undang rangsangan $1.9 trilion yang sepatutnya dimulakan pada Rabu, ditangguhkan sehingga hari Khamis.

Terdahulu, Presiden Joe Biden telah bersetuju untuk menghadkan jumlah orang yang menerima pembayaran langsung $1,400 sebagai kompromi dengan senator Demokrat moderat.

Sebelum ini, senator Demokrat moderat telah menolak idea untuk memberi $1,400 kepada individu yang berpendapatan lebih dari $100,000 setahun.

Pemimpin Demokrat perlu akur dengan penolakan ini memandangkan kuasa parti itu di peringkat Senat hanya terhad kepada 50 undian. Oleh itu, mereka tidak boleh kehilangan satu undi jika ingin meluluskan rang undang-undang tersebut.

Seperti yang diketahui, kuasa di Senat terbahagi kepada 50-50 antara Demokrat dan Republikan. Demokrat mempunyai kelebihan dalam Senat kerana Naib Presiden AS, Kamala Harris (Demokrat) mempunyai kuasa untuk menentukan undian akhir.

Susulan daripada itu, individu yang berpendapatan hingga $75,000 dan pasangan yang berpendapatan hingga $150,000 setahun, layak mendapat bantuan pembayaran langsung $1,400.

Sementara pembayaran pula akan dihentikan secara berperingkat bagi individu yang berpendapatan $80,000 dan pasangan yang memperoleh $160,000 ke atas.

Senat akan bersidang semula pada waktu tengah hari, Khamis (waktu AS), menurut Senator Dick Durbin. Sementara itu pada masa yang sama, Dewan Perwakilan terpaksa membatalkan sesinya setelah Polis Capitol memberi amaran mengenai kemungkinan serangan terhadap bangunan itu oleh kumpulan pro-Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat