Alamak! USD ‘Kecundang’ Semula Menjelang Laporan NFP!

454

Pengukuhan US dolar selepas mesyuarat FOMC nampaknya tidak berjaya diteruskan apabila sesi New York semalam menyaksikan penyusutan ketara semula pada nilai raja mata wang tersebut.

US dolar melemah walaupun data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) semalam diterbitkan dengan bacaan angka yang memberangsangkan.

Penganalisis melihat situasi yang berlaku adalah didorong kewaspadaan pelabur untuk laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan malam ini.

Pada mesyuarat FOMC awal pagi semalam, Pengerusi Federal Reserve (Fed) menyatakan keperluan untuk bank pusat memerhatikan petunjuk pada sektor buruh.

Justeru, dengan ramalan angka yang suram untuk NFP Januari, telah menjangkakan US dolar bakal melemah.

Ini menyusuli petunjuk awal daripada laporan pekerjaan ADP yang diterbitkan pada Rabu lalu dengan pertambahan yang lemah untuk sektor swasta pada Januari.

Penganalisis juga turut meninjau pandangan dari sebahagian kelompok kecil dalam pasaran yang meletakkan unjuran bahawa Fed semakin hampir untuk melaksanakan langkah penurunan kadar faedah.

Kebanyakan mata wang utama dalam pasaran pamer pemulihan semula semalam setelah sebelumnya menerima tekanan US dolar ketika pengukuhan awal sejurus berakhirnya mesyuarat FOMC.

Pound juga turut pamerkan pengukuhan ketara selepas mesyuarat bank pusat England (BOE) di sesi New York semalam menyaksikan kadar faedah dikekalkan di paras 5.25% seperti yang dijangkakan.

Para pelabur menjangkakan BOE akan mula melaksanakan pemotongan kadar faedah pada suku ketiga 2024 nanti.

Mata wang Euro, dolar Kanada, dolar Australia dan New Zealand serta Yen masing-masing juga paparkan pemulihan kesan penyusutan US dolar di sesi New York semalam.

Untuk perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah bagi kedua-dua penanda atas WTI dan Brent menunjukkan kejatuhan semalam.

Sementara, dagangan emas cemerlang dengan kenaikan menembusi paras harga $2,050 mencapai sehingga sekitar $2,065, tertinggi sejak awal Januari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat