Alan Duncan Letak Jawatan Sebagai Tanda Protes!

825

Pada hari ini, Alan Duncan telah mengundurkan diri daripada memegang jawatan Menteri Luar sebagai tanda protes terhadap kemungkinan kemenangan Boris Johnson dalam pemilihan pemimpin Konservatif.

Ahli Parti Konservatif bakal mengundi untuk pemilihan calon sama ada Boris Johnson atau Jeremy Hunt yang manggantikan Theresa May dan keputusan dijadualkan diumumkan pada esok hari. Pada Rabu, Perdana Menteri Britain yang baru sudah bersedia untuk berada di pejabat beliau.

Boris Johnson, calon utama yang dilihat bakal mengambil alih jawatan sebagai pemimpin yang baru. Hal ini sebenarnya sudah dijangka bahawa akan terdapat situasi peletakan jawatan oleh beberapa jawatan penting dalam barisan kabinet. Menteri Kewangan, Philip Hammond dan Menteri Keadilan,David Gauke telah menyatakan hasrat untuk mengundurkan diri.

Dalam laporan terbaru, Alan menyifatkan Brexit sebagai ‘awan yang gelap’. Dalam surat perletakan jawatan, Alan mengatakan kepada Theresa May bahawa ia suatu yang tragik apabila kerajaan beliau didominasi oleh Brexit sehingga telah menghentikan pembentukan UK sebagai negara yang mendominasi dalam intelektual dan politik.

Alan sebelum ini telah mengkritik Johnson, antaranya dalam hal mengendalikan kes Zaghari-Ratcliffe dan urusan hal tadbir.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat