Algorand (ALGO), Audius (AUDIO) Meroket Lebih 90% Sehari! Apa Hal?

804

Algorand (ALGO) mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $2.90, meningkat 80% dari paras terendah harian, $1.65 pada tengahhari semalam, mengundang tanda tanya.

Rupanya lonjakan harga ALGO ada kaitan dengan penyenaraiannya di bursa matawang kripto Korea, Upbit semalam.

Pada masa yang sama, pengeluar terbesar produk dagangan bursa (ETP), 21Shares AG telah mengumumkan penyenaraian tiga ETP kripto: Polygon, Avalanche, dan Algorand di bursa SIX Swiss.

Bersama-sama ALGO, Audius (AUDIO) turut mencatatkan lonjakan harga menghampiri ATH 8 bulan yang lalu ke paras tertinggi harian, $4.15.

Untuk pengetahuan, Upbit merupakan bursa kripto pertama yang mendapat kelulusan daripada penyelia kewangan Korea, Financial Intelligence Unit (FIU) pada September 2021.

Firma ini dikatakan mendominasi pasaran kripto di negara itu dengan saham pasaran melebihi 80%.

Khabar penyenaraian kripto di Upbit secara tidak langsung mencerminkan ‘Coinbase effect’ kerana mengundang lonjakan harga yang mendadak, sama seperti kedua-dua aset ini disenaraikan di Coinbase.

Ketika penulisan, Algorand mencatatkan peningkatan harga hampir 5% dalam 24 jam, didagangkan pada $1.78. Sementara Audius didagangkan pada $2.08, susut lebih 9%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat