Alibaba Fokus Luaskan Pengaruh Perniagaan Di Asia Tenggara

266

‘Pintu gua’ Alibaba dibuka luas dengan Lazada sebagai ‘kunci’nya.

Alibaba Group Holding Ltd telah mendedahkan objektif perniagaan perdagangan bagi pasaran Asia Tenggaranya melalui Lazada.

Gergasi e-dagang China tersebut menyasarkan untuk mencapai sebanyak US$100 bilion atau RM421.05 bilion bagi nilai barangan kasar (GMV) melalui platform Lazada yang diharapkan untuk memberi perkhidmatan tambahan kepada lebih 300 juta pengguna.

Alibaba telah mengambil alih Lazada pada 2016 dan ia merupakan perniagaan e-dagang utama syarikat China tersebut dalam pasaran Asia Tenggara.

Ia menjadi aset penting buat Alibaba sejak Beijing melancarkan usaha untuk mengekang pengaruh gergasi internet pada negara itu seperti Alibaba dan Tencent Holding bagi meningkatkan perniagaan antarabangsa mereka.

GMV Lazada telah meningkat kurang lebih US$21 bilion sejak 12 bulan lalu dengan pengguna aktifnya sebanyak 1.8 kali ganda ke 130 juta dari Mac 2020 ke September.

Setakat ini Lazada merupakan peruncit atas talian ke-3 terbesar dalam pasaran baru muncul GMV di belakang Mercado Libre tetapi mendahului Coupang Inc Korea Selatan dan Flipkart India.

Dalam pada itu, Lazada, Shopee dan rakan gergasi internet seperti Grab Holdings Ltd dan GoTo sedang mengalami peningkatan dalam perdagangan dalam talian Asia Tenggara yang menurut Alibaba berkembang kira-kira 27% setiap tahun secara purata.

Ia dijangka ekonomi internet Asia Tenggara akan berganda sebanyak US$363 bilion menjelang 2025.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat