Alibaba Ingin Bersaing Dengan Microsoft Dan Amazon Dalam Industri AI, Big Data Dan Cloud

519
Syarikat runcit gergasi China, Alibaba telah mula menujukkan taring di Eropah melalui pelancaran produk pengkomputeran awan terbaru milik syarikat mereka. Pelancaran produk ini bakal memberi persaingan sengit kepada Amazon dan Microsoft.
 
Produk pengkomputeran awan syaikat gergasi dilancarkan seiring dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan Big Data yang dimana telah digunakan di pasaran lain termasuk China.
 
Alibaba Cloud telah berada di Eropah sejak tahun 2016 dan pada tahun lepas Alibaba melancarkan lagi produk lain kecerdasan buatan dan produk yang berorientasikan data dalam pasaran. Namun, produk tersebut hanya dikhususkan kepada pengguna China yang beroperasi di Eropah. Namun terkini, Alibaba ingin mencuba dan memasarkannya dalam pernigaan Eropah.
“Kami percaya, kami perlu memberi khidmat kepada pelanggan tempatan yang memanfaatkan komputer kami melalui AI dan Big Data,” Yeming Wang, pengurus am Alibaba Cloud Eropah.
 
Pada tahun lepas perniagaan pengkomputeran awan Alibaba berjaya mengutip $570.6 juta dan meraih 1 juta pelanggan. Namun angka ini masih jauh untuk mengatasi Microsoft dan Amazon. Amazon Web yang mencatat hasil hampir $5.11 billion pada tahun leps.
 
Era sekarang adalah era transformasi digital menurut Yeming.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat