Alpha Finance Lab (ALPHA) Sebuah Protokol DeFi Yang Teragung

143

Alpha Finance Lab merupakan platform DeFi yang bersandarkan kepada rangkaian blockchain Ethereum.

Platform ini bertujuan untuk menghasilkan ekosistem kepada produk DeFi dalam menangani keperluan yang tidak dapat dipenuhi di dalam industri dan tetap mudah digunakan dan diakses.

Rangkaian Alpha Finance Lab dilancarkan pada tahun 2020 dan platform ini diasaskan oleh Tascha Punyaneramitdee yang mempunyai pengalaman luas dalam firma kewangan global.

Produk pertama yang dibina oleh Alpha Finance Lab adalah Alpha Lending serta protokol pinjaman desentralisasi dengan kadar faedah yang disesuaikan secara algoritma.

ALPHA adalah ‘native token’ kepada Alpha Finance Lab yang digunakan untuk pengembangan teknologi perlombongan APC.

Di samping itu, Alpha Finance Lab terus memperoleh lonjakan harga yang drastik di atas pelancaran projeknya yang terbaru.

Berdasarkan kepada carta ALPHA/USDT, nampaknya harga ALPHA memulakan pergerakan pada pembukaan pasaran Julai dengan garang apabila telah melakukan lonjakan melebihi 100%.

Lonjakan itu juga telah menyokong pergerakan harga ALPHA untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) sekitar $0.80-$0.90.

Sekiranya harga ALPHA berjaya meneruskan trend kenaikan, harga dijangka bakal menembusi zon SBR $0.80-$0.90 dan akan menuju ke paras zon SBR seterusnya di paras harga $1.20-$1.30.

Kenaikan yang lebih tinggi dijangka bakal menguji paras SBR $1.70 sebelum kembali mencapai paras ketinggian sepanjang masa (ATH) sekitar $2.94.

Namun jika pergerakan harga ALPHA gagal untuk mengekalkan lonjakan, paras sokongan $0.40 dilihat akan menjadi zon utama untuk diuji semula.

Penurunan harga yang lebih rendah melepasi paras sokongan $0.40, harga dijangka bakal membuat paras terendah sepanjang masa (ATL) yang terbaru bagi pergerakan pasaran 2021.

Setakat jam 10.30 pagi waktu tempatan, harga ALPHA susut melebihi 6% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.85.

Lihat gambar carta matawang kripto ALPHA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat