Amalkan Sikap ‘Malaysia First’ Untuk Kukuhkan Ringgit – MOF

258

Menteri Kewangan Malaysia menggesa semua pihak untuk bekerjasama dan mengambil pendekatan seluruh negara bagi mengukuhkan nilai ringgit.

Ucapan itu dirakamkan pada sesi Parlimen 18 Mac (Isnin) untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap “Malaysia Diutamakan” dalam kehidupan seharian mereka.

Termasuklah dengan membeli barangan domestik dan melabur dalam pasaran modal domestik. Lebih banyak kempen pelancongan di negara ini juga perlu diperkenalkan dan ditambah baik.

Kementerian itu bagi menjawab soalan daripada Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang ingin mengetahui langkah konkrit yang diambil dalam rangka Ekonomi Madani untuk meningkatkan daya tahan dan daya saing nilai ringgit.

Katanya lagi, pelbagai langkah konkrit telah dan sedang diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi menangani kejatuhan nilai ringgit termasuklah memastikan pasaran pertukaran asing domestik kekal teratur sambil memantau penukaran hasil eksport kepada ringgit oleh syarikat pengeksport.

Mereka juga mengambil tindakan bersepadu dan diselaraskan untuk membawa masuk aliran dana ke pasaran pertukaran asing, mengawal pelaburan luar negara oleh syarikat swasta seperti menggalakkan pelaburan domestik dan menangguhkan pelaburan luar negara baharu.

Tambahnya lagi, kesan susut nilai ringgit lebih tinggi terhadap barangan import termasuk makanan seperti daging, tenusu, makanan laut, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Menurut kementerian itu, kerajaan juga sedang merancang langkah untuk melaksanakan subsidi yang lebih berkesan dan bantuan pendapatan bersasar, terutama sekali bagi membantu golongan terjejas dan memastikan pengukuhan fiskal dapat dicapai melalui perbelanjaan yang lebih produktif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat