Amaran! BTC Bakal Dalam Bahaya! – Paul Tudor Jones

596

“Harapnya BTC tetap steady walaupun harungi pelbagai rintangan nanti.”

Susulan persekitaran kawal selia semakin tidak mesra di Amerika Syarikat (AS), jutawan dan pengurus hedge fund terkenal Paul Tudor Jones berpendapat bahawa Bitcoin (BTC) akan menjadi kurang menarik.

Beliau juga menyebut prospek inflasi yang jauh lebih rendah mampu menjadi ancaman terhadap harga BTC dalam masa terdekat ini.

Menurut Jones semasa berada dalam temu bual, banyak pelabur tidak lama lagi mungkin akan kurang yakin dengan BTC dan emas susulan prestasinya sebagai pelindung nilai inflasi akan secara beransur-ansur merosot.

BTC turut mungkin akan terkesan disebabkan AS yang semakin bertindak agresif terhadap pasaran kripto selepas FTX mengalami kejatuhan drastik pada November 2022, di mana beberapa bursa aset digital seperti Coinbase telah dikenakan tindakan undang-undang oleh SEC baru-baru ini.

Semasa bercakap mengenai tindakan keras AS terhadap pasaran kripto yang semakin berleluasa, Jones berkata bahawa BTC bakal ditimpa masalah sangat besar susulan pengawal selia secara berterusan akan menentangnya.

Walaupun Jones mempunyai perspektif negatif terhadap BTC, beliau masih tidak berputus asa terhadap aset digital tersebut susulan ia sejak dahulu lagi telah memegang sejumlah BTC dalam portfolio pelaburannya.

Setakat penulisan ini, harga BTC menjunam sebanyak 0.10% pada paras $27,079 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $524 bilion seterusnya mencatatkan penurunan sekitar 2.19% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat