Amaran Buat China, Indonesia Kerah 4 Kapal Perang Tambahan di Perairan Natuna

4,070

Indonesia dilaporkan telah mengerahkan empat kapal perang tambahan ke Kepulauan Natuna susulan pertikaian wilayah yang semakin meningkat ekoran pencerobohan kapal China di Zon Ekonomi Eksklusifnya (EEZ).

Pertikaian itu mula tercetus pada pertengahan Disember apabila kapal peronda pantai milik China mengiringi kapal nelayan negara itu memasuki perairan Natuna berhampiran Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Bot nelayan China dikatakan ditempatkan di kira-kira 30 lokasi, malah tiga kapal peronda pantai turut kelihatan di kawasan itu. Komander Rohadi, Agensi Keselamatan Maritim Indonesia (BAKAMLA) berkata bahawa pihaknya telah mengarahkan mereka untuk menghentikan kegiatan penangkapan ikan secara haram dan meninggalkan kawasan tersebut.

Bagaimanapun, keengganannya utuk meninggalkan kawasan tersebut telah menyebabkan Kementerian Luar Indonesia memanggil duta besar China dipanggil untuk membuat bantahan rasmi.

Angkatan Bersenjata Indonesia (TNI) berkata dalam satu kenyataan bahawa operasi penangkapan ikan secara haram, yang disertai oleh kapal peronda pantai asing adalah merupakan pelanggaran kepada kedaulatan wilayah Indonesia.

Isu pertikaian ini secara tidak langsung telah menjejaskan hubungan rapat antara Indonesia dengan China sebagai rakan perdagangan terbesarnya dan pelabur utama.

Kapal perang tambahan yang dikerahkan akan menggandakan jumlah kapal Indonesia sedia ada yang sedang berkawal di kawasan tersebut. TNI juga telah mengerahkan beratus-ratus tentera ke kawasan itu dalam usaha untuk memperkuatkan kehadirannya berdepan dengan China.

Terdahulu, China telah menjemput Indonesia untuk mengadakan dialog bagi menyelesaikan pertikaian mengenai EEZ Indonesia di Kepulauan Natuna, bagaimanapun ia ditolak oleh negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat