Amaran! Deutsche Bank Ramal Pasaran Stablecoin Bakal Hancur Musnah!

817

“Korang jangan panik, ini pandangan daripada Deutsche Bank. Mana tahu tak betul ke.”

Sejurus selepas memberi pandangan negatif terhadap pasaran stablecoin, penganalisis penyelidikan Deutsche Bank mendedahkan hanya 14% daripadanya sahaja mampu bertahan setelah mengkaji hampir 334 currency pegs.

Memang tidak dinafikan stablecoin selalunya mengekalkan one-to-one bersama mata wang fiat seperti dollar Amerika Syarikat (AS), euro dan lain-lain yang memudahkan para pelabur berdagang dalam mata wang kripto, tetapi kini Deutsche Bank tampaknya berpandangan sebaliknya.

Hal ini kerana kejatuhan Terraform Labs yang mencipta stablecoin TerraUSD (TUSD) telah mengakibatkan pasaran kripto mengalami sejumlah besar kerugian $40 bilion pada dua tahun lalu sehingga menyebabkan pelabur turut panik.

Menurut penganalisis Deutsche Bank lebih lanjut, kejayaan berterusan mata wang yang pegged bergantung pada kredibiliti, sokongan rizab dan kawalan operasi ketat tetapi kualiti itu malangnya tidak dimiliki oleh beberapa stablecoin utama pada masa ini.

Misalnya, Tether (USDT) mempunyai kekurangan ketelusan susulan kenyataannya mengenai pegangan rizab yang mengelirukan telah menyebabkannya didenda $41 juta daripada Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) ditambah pula USDT didapati paling banyak digunakan untuk aktiviti jenayah.

Penganalisis itu turut menekankan potensi risiko berkaitan peranan penting USDT dalam pasaran derivatif kripto yang mampu memburukkan lagi kerugian dan menguatkan dagangan berleveraj, tetapi USDT menjawab kebimbangan tersebut melalui pengeluaran pengesahan suku tahunan rizabnya.

Memang tidak dinafikan penganalisis Deutsche Bank meramalkan stablecoin akan menurun, tetapi USDT berpendapat penganalisis itu gagal menyediakan data konkrit untuk menyokong tuntutannya dan hanya bergantung pada dakwaan yang samar-samar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat